Cecah RM100 Ribu, Han Sohee Derma 43 Komputer Riba Untuk Pelajar Di Institut Kesenian Seoul

EntertainmentLifestyle
1 Jul 2025 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Han So-hee juga disayangi ramai kerana peribadinya yang baik.

Menurut laporan dari Daily Sports, Han So-hee telah menghabiskan masa selama seminggu bersama pelajar di Institut Kesenian Seoul pada Julai tahun lalu, mengambil peranan sebagai pengajar lakonan.

Bukan sahaja mengajar pergerakan aksi malahan, wanita itu juga turut memberi panduan untuk pelajar berlakon menggunakan emosi, ekspresi muka dan butiran lain yang diperlukan untuk seorang pelakon.

Selepas kelas itu tamat, pengarah Kim Min-soo mendedahkan bahawa Han So-hee telah memberikan kesemua 43 pelajar sebuah komputer riba dengan menggunakan wangnya sendiri, dipercayai mencecah 50 juta won (RM154,623).

Khususnya, pelakon itu meminta agar perkara ini dirahsiakan dari diketahui umum namun, pengarah percaya tindakan baik sebegini harus dikongsi kepada orang ramai bagi memberi pengaruh baik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.