Cedera lagi! Faisal Halim patah hidung pula, terkena siku kapten pasukan lawan

20 Apr 2025 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Faisal Halim

Belum reda insiden disimbah asid tahun lalu, pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi diuji apabila mengalami kecederaan patah hidung dalam aksi Liga Super 2024 menentang PDRM FC malam tadi.

@astroarena

Semoga cepat sembuh Faisal Halim! Pemain sayap Selangor mengalami kecederaan patah tulang hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor di minit ke-54 perlawanan di antara Selangor dan PDRM #SELPDRM #DemiLigaKita

♬ original sound - Astro Arena - Astro Arena

Faisal Halim kongsi X-ray hidung yang patah

Menerusi perkongsian Faisal di Insta Story, dia telah memuat naik tangkapan layar imej sinar-X dan luka di bahagian hidungnya selepas terkena siku kapten pasukan lawan, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.

image is not available

Faisal Halim patah hidung, tapi Selangor tetap menang

Meskipun cedera, Faisal tetap menunjukkan semangat juang tinggi apabila membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

image is not available

Kejadian ini menambah satu lagi senarai kecederaan serius yang dialami pemain kebangsaan itu selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lalu yang menyebabkan dia mengalami melecur tahap empat dan terpaksa berehat panjang.

image is not available

Susulan daripada itu, ramai yang dapat melihat betapa Faisal terus membuktikan bahawa walaupun berulang kali diuji dengan kecederaan, semangat juangnya di atas padang tidak pernah luntur.

Sumber: Instagram faisal.halim, TikTok astroarena