Faisal Halim Alami Kecederaan Patah Tulang Hidung, Kongsi Imej X-Ray

Entertainment
20 Apr 2025 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemain bola sepak pasukan Selangor, Faisal Halim dilaporkan berkemungkinan telah mengalami kecederaan patah tulang hidung semalam ketika bermain dalam aksi Liga Super menewaskan pasukan PDRM.

Memetik laporan Astro Arena, Faisal telah tercedera di bahagian hidung setelah bertembung dengan kapten pasukan lawan apabila hidung Faisal terkena siku pemain berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada minit ke-54 perlawanan berkenaan di Petaling Jaya pada Sabtu malam.

image is not available

Faisal Halim menerusi Instagram Story turut berkongsikan dua foto iaitu gambar hidungnya yang dilihat ada kesan darah dan imej imbasan sinaran X-Ray hidungnya.

image is not available

Sumber: Astro Arena

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.