Cegah Meniru Waktu Peperiksaan, Murid Pakai Topeng Optimus Prime, Batman

13 Nov 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gelagat sekumpulan pelajar memakai pelbagai jenis topeng sewaktu menjalani peperiksaan di sebuah sekolah telah mencuri perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.

Perkongsian tersebut menjadi tular terutama di aplikasi TikTok selepas seorang guru dari Sekolah Dasar di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia mengambil video anak-anak muridnya memakai topeng.