CelcomDigi Menyatakan Hasrat Kepada SKMM – Ingin Bangunkan Rangkaian 5G Kedua Malaysia

TechnologyDigital
31 Jul 2024 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi hari ini secara rasminya menghantar cadangan atau usul kepada SKMM, menyatakan hasrat ingin bangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

image is not available

CelcomDigi menyatakan mereka mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam pembangunan rangkaian 5G yang maju, sekaligus mempercepatkan lagi capaian dan penggunaan rangkaian berkenaan oleh pengguna dan perusahaan. Disamping itu, CelcomDigi turut mempunyai sokongan infrastruktur yang kukuh, selain ekosistem dan juga kedudukan kewangan yang baik untuk melakukan pelaburan.

CelcomDigi turut menyatakan menjelang penghujung 2024 ini, dua per tiga daripada rangkaian mereka akan dimodenkan – dimana 18,000 tapak berkenaan yang sedia rangkaian 5G turut akan membolehkan pembangunan 5G-Advanced dengan lebih pantas berbanding yang lain.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan proses tender untuk pembangunan rangkaian 5G kedua, dan syarikat telekomunikasi berkaitan akan dipilih sebelum penghujung 2024 ini.