CelcomDigi Perkenal PrivateSIM – Talian Kedua eSIM Khusus Untuk Privasi, RM10 Sebulan

TechnologyDigital
23 Apr 2025 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi hari ini memperkenalkan sebuah ciri dan penawaran baharu, dinamakan PrivateSIM. Melaluinya, ia membolehkan pengguna mendapatkan talian tambahan pada harga RM10 sebulan, dan ditawarkan dalam bentuk eSIM. Talian kedua ini disasarkan untuk digunakan khusus untuk beberapa aktiviti seperti untuk menerima OTP aktiviti digital, atau perbankan – sekaligus mengelak talian utama digunakan dan terdedah kepada serangan siber dan sebagainya.

image is not available

Penawaran PrivateSIM ini disediakan untuk pengguna CelcomDigi Postpaid 5G 80 atau yang lebih tinggi. Talian PrivateSIM ini lebih kepada privasi, dan tiada penawaran data dan sebagainya yang hadir.

Untuk menggunakannya juga, pengguna perlu memastikan peranti mereka menyokong penambahan dalam bentuk eSIM.

Bagi pengguna yang berminat, boleh melakukan pendaftaran PrivateSIM ini melalui halaman CelcomDigi hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved