Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Seorang remaja berusia 17 tahun yang menghidap disleksia di Johor mencuri perhatian ramai apabila mengusahakan gerai menjual jus tembikai.
Apa yang menarik, gerai yang diusahakan remaja dikenali sebagai Zufar itu membolehkan pelanggan membuat bayaran secara seikhlas hati tanpa harga tetap.
Difahamkan, perniagaan tersebut turut dibantu oleh adik-beradiknya.
Kaedah bayaran seikhlas hati itu diperkenalkan berikutan keterbatasan Zufar dalam membaca dan mengira, sekali gus menyukarkannya untuk menguruskan baki wang ketika berniaga.
@zufar.azman Saya iklas kakak, abang
♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn
Artikel berkaitan: “Undangan dari Allah” – Terkenal Dengan ‘Content’ Cuci Masjid, Pemuda Ini Dapat Tunai Haji Jemputan Arab Saudi
Artikel berkaitan : Peniaga Dipuji Ramai, Mahir Buat Pancake Dengan Pelbagai Motif Kartun Kesukaan Kanak-kanak
Gerai jus tembikai yang diusahakan oleh remaja ini bertempat di Pasir Gudang, Johor.
@johorfoodie Dyslexic Teen Sells Pay As You Want Watermelon Juice Taman Air Biru, Pasir Gudang #johorfoodie #foodie #myfoodie #makanlokal
♬ original sound – Johor Foodie – Johor Foodie
Menurut adik beradik remaja itu, gerai jus tembikai tersebut diusahakan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu adik mereka yang istimewa untuk berdikari dan memiliki kerjaya sendiri pada masa depan memandangkan remaja ini juga sudah hampir tamat persekolahan.
Sumber: Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


