Cemas 10 Minit, Ketua Polis Kuala Terengganu Gagalkan Cubaan Agresif Pelajar Di Sekolah

LocalHealth & Fitness
28 Jul 2026 • 4:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan pantas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berjaya menyelamatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam satu insiden cemas di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu, pagi tadi.

Hampiri pelajar & tarik tangan ketika sudah tenang

Memetik laporan daripada Harian Metro, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu menyaksikan mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah dalam keadaan tertekan sambil memegang sebilah pisau.

Menurut Azli, beliau mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk pelajar berkenaan agar membatalkan hasratnya sebelum bertindak membawanya ke tempat yang lebih selamat.

“Selepas mangsa berjaya ditenangkan, saya menghampiri pelajar berkenaan sebelum menarik tangan dan membawanya ke tempat selamat.
“Mangsa kemudian dibawa ke bilik rehat sekolah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Image from: Cemas 10 Minit, Ketua Polis Kuala Terengganu Gagalkan Cubaan Agresif Pelajar Di Sekolah

Difahamkan, pelajar terbabit kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoiyibah Taib menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.33 pagi sebelum tujuh anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi.

Pelajar luah hasrat cederakan diri dalam buku latihan

Menurut beliau, sebaik tiba di sekolah berkenaan, anggotanya mendapati pelajar terbabit berada dalam keadaan agresif sambil memegang sebilah pisau di tingkat dua bangunan sekolah.

Maklumat awal daripada pihak sekolah memaklumkan pelajar itu dipercayai ada menulis mengenai hasrat untuk mencederakan diri di dalam buku latihan.

“Anggota bomba turut membantu menenangkan keadaan dan bersedia memberikan bantuan sehingga mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Image from: Cemas 10 Minit, Ketua Polis Kuala Terengganu Gagalkan Cubaan Agresif Pelajar Di Sekolah

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

The post Cemas 10 Minit, Ketua Polis Kuala Terengganu Gagalkan Cubaan Agresif Pelajar Di Sekolah appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved