Dua lelaki ditahan berkaitan aktiviti perlombongan bitcoin di Seri Iskandar

LocalTechnology
29 Sep 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lelaki ditahan berkaitan aktiviti perlombongan bitcoin di Seri Iskandar

PARIT – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti perlombongan mata wang kripto (bitcoin) ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dalam operasi membongkar kegiatan berkenaan di Seri Iskandar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, operasi tersebut dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan dengan kerjasama pasukan jurutera Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, operasi tersebut berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin yang dipercayai menggunakan bekalan elektrik secara haram.

“Hasil operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Seri Iskandar telah mengenal pasti premis yang melakukan penyambungan wayar secara haram bertujuan untuk menjalankan aktiviti perlombangan bitcoin.

“Pihak polis telah berjaya membuat rampasan sebanyak 30 mesin perlombongan bitcoin, sebuah unit router internet, sebuah unit desktop switch dan segulung wayar eletrik,” katanya di sini hari ini.

Hafezul Helmi berkata, pihak polis juga telah menahan dua lelaki warga tempatan untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Polis Diraja Malaysia memandang serius kegiatan perlombongan mata wang kripto yang menggunakan penyambungan elektrik secara haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mengakibatkan kerugian besar kepada pembekal utiliti dan meningkatkan risiko kebakaran.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram kepada pihak polis agar siasatan boleh dijalankan bagi mencegah dan membanteras jenayah kecurian elektrik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua lelaki ditahan berkaitan aktiviti perlombongan bitcoin di Seri Iskandar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved