Censof peroleh kontrak pembekalan, penyelenggaraan perisian bernilai RM872,000 daripada Perkeso

Business & Finance
27 Sep 2023 • 2:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Censof peroleh kontrak pembekalan, penyelenggaraan perisian bernilai RM872,000 daripada Perkeso

azan

27/09/2023 - 14:30

KUALA LUMPUR 27 Sept - Censof Holdings Berhad berjaya memperoleh kontrak bernilai RM872,340.78 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Censof menerusi anak syarikatnya, Cognitive Consulting Sdn. Bhd. menerima surat berhubung pembaharuan langganan, pembekalan, penghantaran, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan untuk perisian UiPath.

"Projek itu adalah selama tiga tahun bermula 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2026 tanpa pilihan lanjutan atau pembaharuan kontrak," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Lembaga pengarah berpendapat bahawa projek adalah demi kepentingan syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 dan seterusnya.

Lembaga pengarah tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan Projek.

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam projek. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved