CEO Adobe Akan Meletakkan Jawatan Selepas Pengganti Dilantik

TechnologyBusiness & Finance
13 Mar 2026 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CEO Adobe, Shantanu Narayen mengumumkan keputusan untuk meletakkan jawatan sejurus selepas pengganti dilantik. Beliau telah memegang jawatan sebagai CEO Adobe selama 18 tahun tetapi akan kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat.

image is not available

Lembaga Pengarah telahpun menubuhkan jawatankuasa khas untuk mencari calon CEO baharu dengan pertimbangan diberikan kepada calon dari dalam dan juga luar organisasi. Dengan berlakunya perubahan pada pucuk pimpinan syarikat, Adobe masih menekankan misinya untuk memperkasa kreativiti, produktiviti dan pengalaman pelanggan melalui platform mereka.

Pengumuman dilakukan selepas Adobe mengumumkan laporan kewangan Q1 2026 dengan pendapatan mencecah $6.40 billion bersamaan peningkatan 12% berbanding suku sama tahun lalu. Sungguhpun begitu saham syarikat menjunam sejak tahun lalu dipacu oleh sentimen negatif Adobe memperkenalkan pelbagai ciri AI baharu yang dilihat anti artis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved