CEO OpenAI : Pusat Data Di Angkasa Tidak Masuk Akal Buat Dekad Ini

WorldTechnology
22 Feb 2026 • 9:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CEO OpenAI, Sam Altman sedia tidak bersetuju dengan Elon Musk dalam sejumlah perkara. Terbaru, berkongsi komen berkenaan perancangan pusat data di angkasa yang pelopori Elon Musk melalui syarikat SpaceX, Sam Altman mengatakan ia masih terlalu awal, dan tidak masuk akal untuk dibangunkan pada dekad ini.

Sejumlah faktor dikatakan akan mengekang kepada kejayaan pelaksanaannya, termasuk untuk kos pelancaran ke angkasa, selain kos-kos dan kesukaran menyelenggara di angkasa. Pada hari ini sendiri, sejumlah perkara diambil kira dalam menyelenggara dan menaik-taraf pusat data, dan sekiranya ia diangkasa, kesukarannya adalah berkali ganda.

Namun, Sam Altman mengatakan tidak mustahil untuk pusat data dijayakan pada masa akan datang. Beliau turut mengatakan yang mana angkasa sesuai untuk sejumlah perkara, tetapi untuk pembangunan pusat data mungkin belum masanya lagi.

Komen ini hadir pada sebuah acara yang diadakan di India. Sebelum ini, Elon Musk telah menyatukan syarikat SpaceX dan juga xAI, dan menyasarkan hasrat untuk membangunkan pusat data di angkasa. Selain Elon Musk, Google turut telah menyatakan hasrat untuk membuka pusat data di angkasa, seawal 2027 kelak.