OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker dan Lampu Pintar

TechnologyDigital
21 Feb 2026 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti fizikal pertama yang akan dilancarkan oleh OpenAI dipercayai ialah sebuah loket kerana Sam Altman serta Jony Ive tidak berminat menghasilkan telefon pintar. The Information kini melaporkan selain loket, OpenAI juga sedang membangunkan cermin mata, speaker dan lampu pintar.

image is not available

Seramai 200 kakitangan OpenAI ditugaskan untuk membangunkan kesemua peranti ini. Speaker pintar yang sedang dibangunkan menyasarkan harga jualan antara $200-$300 sebuah dengan ia mungkin dilancarkan Februari 2027. Ia akan dilengkapi kamera bagi membolehkan ia melihat persekitaran pengguna. Ini adalah mirip ciri speaker pintar Google Nest dan Amazon Echo.

Kamera juga mempunyai ciri pengecaman wajah untuk pengguna berbeza dan pengesahan sebelum melakukan pembelian seperti sistem Face ID. Selain itu kamera boleh menjejak tabiat pengguna untuk memberikan saranan untuk tidur jika mempunyai aktiviti di keesokan hari.

Tiada banyak maklumat mengenai cermin mata dan lampu pintar sekadar mengatakan cermin mata akan hanya dilancarkan paling awal pada tahun 2028. Perkakasan yang dikuasakan AI akan menjadi medan pertempuran seterusnya oleh pelbagai pengeluar. Cermin mata pintar adalah yang paling menarik kerana akan membebaskan manusia daripada perlu melihat skrin telefon sepanjang masa.