Humain merupakan salah satu firma kecerdasan buatan janaan yang berpusat di Arab Saudi, dan telah memperlihatkan penawaran mereka sebelum ini, termasuk sebuah sistem operasi untuk komputer. Tidak setakat membangunkan penawaran sendiri, kini ia dilihat Humain turut melakukan pelaburan pada firma kecerdasan buatan milik Elon Musk, iaitu xAI.

Humain dikatakan telah melabur sebelum SpaceX mengambil-alih xAi. Ini bermakna, pelaburan Humain akan diubah kepada pemilikkan saham dalam SpaceX.
Pelaburan Humain ini merupakan sebahagian daripada dana $20 bilion yang diraih oleh xAI pada awal tahun ini. Pelaburan ini turut mengukuhkan lagi fokus Arab Saudi dalam arena kecerdasan buatan, sekaligus memberikan mereka akses kepada lebih banyak teknologi, serta mempelbagaikan lagi pelaburan mereka dalam arena teknologi.



