CEO PSM mengaku tidak bersalah atas 7 tuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 10:44 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: CEO PSM mengaku tidak bersalah atas 7 tuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh tuduhan rasuah lebih RM1 juta berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil.

Ilyas, 42, membuat pengakuan berkenaan selepas semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama, Iliyas didakwa meminta rasuah bagi dirinya wang berjumlah RM1 juta daripada Yap Yeow Kuen, 60, di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports Center (KLSC), Sri Petaling di sini, pada 24 Feb lepas.

Wang itu sebagai balasan kerana tertuduh bersetuju memilih syarikat milik Yap iaitu Aerolux Power Constructions Sdn Bhd memenangi tender Projek Menaik Taraf Gelanggang & Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil di sini, bernilai RM8,733,197.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta  sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, lapor Bernama.

Pada 15 Jun lalu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman, memaklumkan bahawa seorang CEO sebuah badan berkanun akan didakwa berhubung kes rasuah.

Beliau berkata, individu terbabit akan menghadapi tujuh pertuduhan, iaitu satu pertuduhan meminta rasuah dan enam pertuduhan menerima rasuah.

Pada 13 April lalu, individu tersebut direman selama lima hari bermula 14 April bagi membantu siasatan. - 18 Jun, 2026

The post CEO PSM mengaku tidak bersalah atas 7 tuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved