KUALA LUMPUR, 18 Jun: CEO Perbadanan Stadium Malaysia hari ini dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan rasuah berjumlah RM1.45 juta berkaitan tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil bernilai RM8.7 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah. Maka proses mahkamah wajar dihormati.
Tetapi angka RM1.45 juta itu tetap membuat ramai rakyat terdiam.
Kerana di saat yang sama, rakyat diminta berjimat.
Petugas awam diminta bertahan.
Doktor oncall bekerja sampai 36 jam.
Ada bayaran tidak lepas kerana terlupa punch.
Ada OT dipotong kerana tidak cukup kriteria.
Ada klinik usang yang dindingnya reput dimakan anai-anai.
Ada ubat yang perlu disusun, dihadkan dan dicatu kerana bajet tidak pernah cukup.
Di satu sudut, petugas bawahan berkira tenaga.
Di satu sudut lain, wang awam didakwa menjadi ruang kaut untung.
Inilah yang menyakitkan.
Rasuah bukan sekadar duit masuk poket.
Rasuah merampas hak rakyat.
Kita hormati proses mahkamah.
Tetapi kita juga berhak kecewa.
Kerana setiap ringgit wang awam ada wajah manusia di belakangnya.
Ada pesakit.
Ada pekerja.
Ada anak kecil.
Ada warga emas.
Ada rakyat yang sedang menunggu perkhidmatan lebih baik
#PublicHealthMalaysia
#Integriti
#RasuahBukanBudayaKita
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






