CEO Take Two Ramal Penstriman Permainan Video Akan Menjadi Norma Dalam Masa 3 Tahun

TechnologyGaming
10 Aug 2026 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini kita melihat harga Switch 2, PlayStation 5 dan Xbox Series S/X meningkat sehingga lebih 30% di seluruh dunia disebabkan krisis kekurangan RAM. Tidak pernah dalam sejarah konsol harga jualan meningkat selepas hampir 6 tahun dilancarkan. Akibatnya pelancaran konsol generasi baharu tertangguh dan ramai tidak mampu membeli konsol sedia.

Image from: CEO Take Two Ramal Penstriman Permainan Video Akan Menjadi Norma Dalam Masa 3 Tahun

Ketika melaporkan laporan kewangan syarikat minggu lalu, CEO Take Two Interactive – Strauss Zelnick – mengatakan kenaikan harga perkakasan sekarang adalah “sesuatu yang tidak baik”. Tetapi beliau meramalkan penstriman permainan video secara komersial akan ditawarkan dalam masa tiga tahun. Penstriman secara komersial menurut beliau perkhidmatan penstriman dengan masa pendam yang rendah.

Dengan penstriman, Take Two tidak perlu risau mengena harga perkakasan yang mahal. Telefon pintar, PC kurang berkuasa dan TV pintar boleh menjadi peranti penstriman tanpa pengguna membeli perkakasan baharu.

Penstriman permainan video sudah ditawarkan sekarang tetapi penggunaannya masih rendah kerana kos masih mahal serta hanya ditawarkan di pasaran tertentu sahaja. GeForce Now misalnya ialah satu-satunya perkhidmatan penstriman permainan video Malaysia. Usaha Google menerusi Stadia gagal selepas tiga tahun dilancarkan kerana kurang mendapat sambutan.

Sumber – PCGaming

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved