Elon Musk semalam telah berkongsi menyatakan bakal menjenamakan semula Twitter kepada X, termasuk menamatkan penggunaan logo burung ikonik pada laman sosial tersebut. Kini, lanjutan daripadanya, CEO Twitter semasa, Linda Yaccarino turut berkongsi beberapa perkara yang dirancang untuk X.

X dikatakan akan memfokuskan kepada interaktiviti tanpa had, termasuk pada audio, video, permesejan dan kewangan. X juga dikatakan akan dikuasakan oleh kecerdasan buatan, serta menghubungkan para pengguna dalam pelbagai kaedah menarik.
Ia juga dijangka akan menjadikan X sebagai pusat sehenti untuk pelbagai idea, peluang, barangan dan juga perkhidmatan.
Elon Musk sendiri sedia menyatakan beberapa kali ini menjadi “super apps” seperti WeChat, dimana pelbagai perkara boleh diakses melalui hanya satu aplikasi.
Dengan pelbagai perkongsian ini, mungkin kita akan melihat penjenamaan semula Twitter ini berlaku lebih pantas daripada apa yang dijangka ramai sebelum ini.
Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan penjenamaan Twitter kepada X ini?
It’s an exceptionally rare thing – in life or in business – that you get a second chance to make another big impression. Twitter made one massive impression and changed the way we communicate. Now, X will go further, transforming the global town square.
