Cereka Menyambut Ulang-Tahun Ke-2 Dengan Berikan Diskaun Pada Langganan

TechnologyDigital
5 Nov 2024 • 6:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cereka, aplikasi bacaan buku digital, kini menyambut ulang-tahun ke-2, dan selari dengannya turut menawarkan diskaun untuk langganan bacaan aplikasi tersebut. Melalui diskaun yang disediakan, para pengguna boleh menikmati akses selama 3 bulan pada harga hanya RM5, berbanding harga biasa sebanyak RM4.90 sebulan.

image is not available

Melalui Cereka, kini ia menyediakan lebih 500 bahan bacaan, terdiri daripada cerpen, novel dan juga buku. Bahan bacaan yang disediakan adalah dalam bahasa Malaysia, dan kebanyakkan bahan bacaan adalah terbitan asli pada aplikasi tersebut selepas melalui proses penyuntingan dan pemurniaan karya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak promosi Cereka Birthday hari ini, dan turut memuat-turun aplikasi Cereka. Promosi masa terhad ini disediakan antara hari ini sehingga 12 November 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved