GX Bank Memperkenalkan Perkhidmatan Perbankan Digital Untuk Perniagaan, GX Biz Banking

TechnologyDigital
5 Nov 2024 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GX Bank hari ini menyambut ulang-tahun pertama mereka sejak dilancarkan, dan selari dengannya juga turut memperluaskan perkhidmatan perbankan digital untuk syarikat dan perusahaan, dinamakan GX Biz Banking. Dengan langkah ini, pengguna perniagaan dengan mudah boleh membuka akaun perbankan mereka, dan menguruskannya secara digital.

image is not available

Untuk fasa permulaan, GX Bank menawarkan akaun perniagaan ini untuk para peniaga dibawah ekosistem Grab Malaysia terlebih dahulu, dan menyasarkan penawaran untuk semua perniagaan kecil di seluruh Malaysia menjelang suku pertama 2025.

Selari pengenalan ini juga, perbankan digital konvensional ini turut menawarkan sokongan peminjaman dibawah GX Biz FlexiLoan, menawarkan akses kredit awal sehingga RM150,000 dengan pilihan tempoh pinjaman sehingga 3 tahun.

Seperti pengenalan perkhidmatan untuk individu, GX Bank adalah penyedia perbankan konvensional, dan bukan mesra syariah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved