Ceroboh tanah: SPRM sudah ada senarai untuk dipanggil

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 11:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar fail operasi pembersihan kawasan yang diceroboh pekebun durian di Sungai Klau, Raub.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan tanah yang dijadikan kebun durian di Raub, Pahang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, senarai itu turut meliputi pegawai kerajaan yang telah pencen.

"Kita menyiasat kes berkenaan dengan teliti dan bukan sahaja melihat kepada isu tatakelola tetapi mahu merungkai bagaimana selama ini pihak berkenaan boleh terlepas meneroka tanah kerana perlu diingatkan sejak 2021 SPRM telah siasat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara: Recalling Jakarta Statement 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved