CES 2024: Aksesori Razer ini boleh gegarkan kerusi gaming anda

9 Jan 2024 • 2:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Segar daripada ketuhar CES 2024, Razer mengumumkan Project Esther iaitu kusyen bergerak balas haptik pertama dunia. Kusyen adalah aksesori yang boleh disuaikan dengan kerusi gaming sedia ada, jadi pengguna tak perlu beli kerusi gaming yang baharu untuk menikmati teknologi Razer ini.

Project Esther dilengkapi 16 unit pencetus haptik yang diposisikan secara optimum untuk berikan gerak balas menyeluruh kepada tubuh badan bagi memastikan pengalaman yang mendalam sewatu bermain.

image is not available

Lebih menarik, Project Esther adalah salah satu komponen dalam ekosistem Razer Sensa. Ia adalah teknologi kesan haptik multiperanti daripada Razer. Selain daripada kusyen, isyarat haptik boleh diselaraskan antara speaker dan lampu RGB untuk kesan gaming yang lebih padu.

image is not available

Maklumat penjualan Project Esther masih belum diumumkan pengeluarnya.

Sumber: Razer