MSI Claw Diperkenalkan – Konsol Mudah-Alih Dengan CPU Intel Core Ultra

TechnologyDigital
9 Jan 2024 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MSI mengumumkan konsol gaming mudah alih pertamanya melalui MSI Claw di pentas CES 2024. Ia menampilkan reka bentuk yang sama seperti diperlihatkan sebelum ini. Di mana terdapat dua butang analog dilengkapi lampu RGB bewarna-warni, empat butang pemuka (X, Y, A, B), satu butang D-Pad dan pembesar suara di bahagian hadapan.

image is not available

Untuk spesifikasi konsol ini menggunakan panel IPS sebesar 7″ FHD dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung pula dengan CPU sehingga Intel Core Ultra 7 155H,GPU Intel Arc, memori 16GB RAM LPDDR5-6400 dan storan SSD PCIe 4.0 1TB sebagai tunjang utama. Turut disertakan ialah sistem penyejuk MSI Cooler Boost Hyperflow yang berguna untuk aliran haba yang baik.

image is not available

Bateri 56Whr digunakan menyokong pengecasan 65W, kemudian turut menjalankan sistem operasi Windows 11 Home. Konsol MSI Claw juga mempunyai pelbagai port dan sambungan termasuk 1x Type-C (USB / DP / Thunderbolt 4), pembaca kad mikroSD dan menyokong WiFi 7.