CES 2024: Razer kemas kini Blade 16 dengan panel OLED 16” 240Hz pertama dunia

Digital
9 Jan 2024 • 3:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Razer di reruai CES 2024 turut mengumumkan kemas kini kepada barisan komputer Razer Blade mereka. Salah satu yang mendapat naik taraf adalah Razer Blade 16. Ia adalah laptop 16" pertama dunia yang ada panel OLED dengan kadar segar semula 240Hz dalam badan Razer Blade 16 (2023).

image is not available

Atas papan utama, pengguna boleh dapatkan konfigurasi CPU sehingga Intel Core i9-14900HX, RAM 96GB dan 8TB storan dalaman. Bagi memikul tugasan grafik berat yang dileparkan padanya, kad GPU sehingga GeForce RTX 4090 boleh didapatkan.

image is not available

Penawaran port I/O untuk pengguna adalah lengkap. Anda akan temui 2 USB-C 1 menyokong Thunderbolt 4 dan satu lagi USB 3.2 Gen 2. Kemudian, 3 lagi USB-A 3.2 Gen 2 boleh dimanfaatkan disamping HDMI 2.1 dan pembaca kad SD bersama-sama dengan jek audio 3.5mm.

image is not available

Batteri yang terkandung pada Blade 18 adalah 95.2Whr. Bergantung kepada konfigurasi, pengguna akan diberikan sama ada pengecas 280W ataupun 330W.

image is not available

Razer Blade 16 (2024) dijual pada harga bermula USD3,000 (RM13,939) dan anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Razer