CES 2024: Asus Zenbook DUO dengan dwi skrin 14-inci OLED & Intel Core Ultra 9

Digital
11 Jan 2024 • 1:54 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus telah memperkenalkan inovasi terbaharu laptop dwi skrin ZenBook DUO di CES 2024. Model baharu ini menampilkan dua skrin OLED bersaiz 14-inci.

Sebenarnya, pengenalan laptop dwi skrin itu bukanlah sesuatu yang baharu. Ini kerana Asus pernah melancarkan Zenbook Pro juga dengan dwi skrin paparan OLED pada 2019 dan Zenbook Duo pada 2021 , cumanya untuk laptop tersebut saiz skrin keduanya lebih kecil.

Spesifikasi Asus Zenbook DUO

Zenbook Duo menampilkan dua paparan 3K (2880 x 1800) Asus Lumina OLED, kadar penyegaran semula setinggi 120Hz dan dengan kecerahan puncak 500 nits. Paparan itu juga dilindungi Corning Gorilla Glass.

Dari segi prestasi, laptop dengan ketebalan 14.6mm dan berat 1.35kg, bersama kickstand terbina dalam itu dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 185H, RAM sehingga 32GB LPDDR5x, kapasiti storan 2TB dan grafik Intel ARC.

image is not available

Zenbook DUO dengan rekaan serba boleh untuk menampung mod berbeza seperti Dwi Skrin, Laptop, Desktop dan Perkongsian itu dipasangkan dengan speaker dengan teknologi Dolby Atmos yang diiktiraf Harman Kardon. Ia juga disertakan dengan papan dan pad sentuh ErgoSense bersaiz penuh yang boleh ditanggalkan serta pen Stailus.

Bateri 75WH boleh menampung sehingga 10.5 jam penggunaan menonton video dalam mod dwi skrin. Dengan teknologi pengecasan pantas, baterinya dapat dicas sehingga 60% dalam tempoh masa 49 minit sahaja.

image is not available

Laptop keluaran Asus itu juga menawarkan pilihan sambungan yang mencukupi, termasuk 2 port Thunderbolt 4, 1 port USB-A 3.2, 1 port HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm. 

Sebagai perbandingan Asus Zenbook DUO dijual di Amerika Syarikat pada harga bermula USD1,499 (~RM6958).

Untuk mendapatkan lebih info mengenai Asus Zenbook DUO, anda boleh layari laman web rasmi Asus.

Bacaan berkaitan: