
Masih belum reda kes aksi kontroversi kumpulan muzik United Kingdom (UK) The 1975, hari ini penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengarahkan kumpulan tersebut untuk membayar ganti rugi lebih RM12.3 juta sebagai ganti rugi.
Dalam laporan Malay Mail, penasihat undang-undang David Mathew bahawa pihaknya itu telah menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Ogos 2023 kepada kumpulan itu.

“Dalam surat itu, FSA telah menuntut The 1975 mengakui liabiliti mereka dan juga membayar jumlah £2,099,154.54 (RM12,347,967.91) dalam tempoh tujuh (7) hari.
Surat Tuntutan (Letter of Claim) ditulis mengikut peruntukan Tatalaku dan Protokol Pra-Tindakan Arahan Amalan Inggeris (English Practice Direction Pre-Action Conduct and Protocol) yang merupakan sebahagian daripada Peraturan Tatacara Sivil Inggeris (English Civil Procedure Rules),” katanya.
Menurut David, tuntutan ini adalah berlandaskan tindakan The 1975 yang dikatakan telah melanggar kontrak.
Difahamkan, kegagalan kumpulan itu untuk mengakui liabilitinya dan memberi pampasan kepada penganjur GVF 2023 akan menyebabkan FSA meneruskan prosiding undang-undang di Mahkamah England (Court of England).

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


