CGS-CIMB lancar ASEAN Investment Challenge bagi tingkatkan tahap celik kewangan pelajar

Business & Finance
1 Aug 2023 • 11:35 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CGS-CIMB lancar ASEAN Investment Challenge bagi tingkatkan tahap celik kewangan pelajar

zulfadli

01/08/2023 - 11:35

KUALA LUMPUR 1 Ogos - CGS-CIMB Securities Sdn Bhd melancarkan 'ASEAN Investment Challenge (AIC)' bagi memperkasakan pelajar dalam pasaran Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand (MIST) dengan pengetahuan pelaburan mampan dan menyumbang kepada pembinaan pasaran modal kukuh pada masa hadapan.

Sejak dilancarkan pada 1 Julai, pertandingan itu menerima sebanyak 2,800 pendaftaran yang mengagumkan daripada pelajar institut pengajian tinggi dalam pasaran MIST, dengan 1,519 dari Malaysia sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Malaysia, Azizah Mohd Yatim berkata, mereka adalah penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu terkemuka di Asia, dengan tujuan korporat untuk membantu komuniti yanga mana pihaknya beroperasi membuat keputusan pelaburan lebih baik.

"AIC ialah satu inisiatif penting yang membantu membangunkan celik kewangan belia kita dan menarik minat mereka dalam pelaburan yang bertanggungjawab. Dengan kemahiran ini, mereka akan diberi kuasa untuk menjamin masa depan kewangan mereka," katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah Azizah, dengan sokongan daripada rakan kongsi, pihaknya yakin inisiatif ini akan menyerapkan peserta dengan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi kehidupan sebenar, menyediakan mereka kerjaya yang menarik dalam pelaburan dan membina pasaran modal kukuh di Malaysia.

"Kami mengharapkan kerjasama yang lebih berkesan apabila Malaysia memperluaskan kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di dunia," katanya.

Pertandingan yang bertemakan 'Level Up Your Game' itu bermula dengan cabaran peringkat kebangsaan yang dijangka diadakan dari 7 Ogos hingga 30 September 2023.

image is not available
Azizah Mohd Yatim ketika berucap pada pada majlis pelancaran ASEAN Investment Challenge.

Dalam tempoh ini, para peserta akan menerima bilik darjah holistik dan pengalaman praktikal dalam pelaburan bertanggungjawab terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sekuriti berkaitan.

Mereka kemudiannya akan mempertandingkan kemahiran pelaburan mereka antara satu sama lain, dan pemenang akan diumumkan pada November 2023.

image is not available

Pemenang daripada cabaran Malaysia akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, serta peluang untuk mewakili negara bagi merebut hadiah sejumlah RM130,550.

Sehingga kini, CGS-CIMB Malaysia menandatangani memorandum persefahaman dan menjalankan makmal perdagangan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat Johor, UiTM Puncak Alam, dan Universiti Multimedia (MMU) Melaka. Makmal perdagangan seterusnya akan dilancarkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

image is not available


Cabaran AIC disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Bursa Malaysia, Bursa Saham Indonesia, Bursa Singapura, dan Bursa Saham Thailand. Ia juga menyaksikan penyertaan universiti terkemuka seperti UiTM dan MMU. - DagangNews.com