“Chagee belanja akak ni” – Sudahlah Kena Redah Banjir, Wanita Ni Menangis Air Chagee Hanyut Dibawa Arus

Entertainment
27 Nov 2024 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti ramai yang sedia maklum, negeri Kelantan kini antara negeri yang paling teruk terkesan dengan banjir dan mengalami peningkatan jumlah mangsa banjir yang mendadak kepada 3,844 orang setakat jam 11 pagi (Rabu).

Pun begitu, tular pula satu video yang sedih bercampur geli hati berkenaan perkongsian seorang wanita mengenai nasibnya ketika sedang meredah banjir.

Dalam satu video yang dikongsikan menadisha di TikTok, dia sedang meluahkan perasaan sedihnya terpaksa meredah air banjir untuk pulang ke rumah.

Namun ketika sedang merakam situasi itu, dia baru tersedar minuman air Chagee yang dibawanya telah jatuh dan hanyut dibawa arus air. Alamak…

Wanita itu kemudian mengangkat beg kertas yang sudah lencun serta koyak itu dan menangis serta merta kerana sedih dengan apa yang berlaku.

Menerusi kapsyen, wanita ini juga memberitahu air Chagee itu merupakan pemberian orang kepadanya.

“Chagee tolong la bagi dia air free” – Netizen

Video yang telah meraih 47.5K tontonan dalam masa 10 jam dimuat naik telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang bersimpati dengan nasib yang dilalui.

Malah ada juga yang geli hati dengan reaksi yang diberi wanita itu, tak cukup juga ada yang meminta pihak Chagee untuk memberikan air percuma kepada wanita ini untuk meredakan kesedihannya.

image is not available

Min tak tahu nak sedih ke nak gelak. Tapi kasihan sangat dengar dia nangis. Mesti teringin nak minum sangat tu.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.