Charly Benarkan Semua Penyanyi Nyanyi Lagu Tanpa Bayar Royalti - “Tak Perlu Ada Pertengkaran…”

10 Jun 2025 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Charly membuat keputusan mengejutkan apabila membenarkan semua penyanyi menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tanpa perlu membayar royalti.

 

Menurut Charly atau nama sebenarnya Charly Van Houten, 44, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang pertikaian berkaitan hak cipta.

 

“Salam damai… Tak perlu ada pertengkaran. Semua boleh dibicarakan tanpa mengedepankan tuntutan, kerana hakikatnya semua milik Tuhan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

 

Dalam kenyataan sama, vokalis Setia Band itu juga berkata semua karya lagu miliknya boleh dinyanyikan secara terbuka, sama ada di atas pentas persembahan mahupun dalam suasana santai bersama rakan-rakan.

 

“Daripada pening kepala… Saya, Charly VHT, membebaskan semua teman-teman penyanyi di seluruh Indonesia, mahupun penyanyi dunia dan akhirat, bebas menyanyikan seluruh karya lagu saya.

 

“Di pentas mahupun di tongkrongan (tempat lepak), tidak wajib bayar royalti. Salam damai,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved