Chatbot PMX AI Masih Tergendala Walaupun Sepatutnya Pulih Semalam

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Chatbot PMX AI Masih Tergendala Walaupun Sepatutnya Pulih Semalam

Perkhidmatan chatbot kecerdasan buatan (AI) PMX AI yang dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih tergendala pagi ini walaupun pada asalnya dijanjikan kembali pulih jam 8 malam semalam. PMX AI tergendala sejak hari Ahad lalu, sehari selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Sabtu.

Image from: Chatbot PMX AI Masih Tergendala Walaupun Sepatutnya Pulih Semalam

Jika chatbox dihubungi hari ini, ia tidak mampu memberikan sebarang jawapan kepada soalan diberikan. Ia sekadar mengatakan sistem masih sedang menjalani proses akhir dikemaskini dan pengguna perlu menanti siaran media untuk pengumuman rasmi. Tiada tarikh diberikan bila ia dijangka kembali berfungsi. Sebab mengapa perkhidmatan tergendala sehari selepas dilancarkan turut masih belum didedahkan.

PMAX AI ialah avatar AI yang dilatih menggunakan data supaya ia boleh menjawab soalan seperti Perdana Menteri sebenar. Ia dibangunkan oleh Zetrix AI sebagai usaha membolehkan rakyat menghubungi PMX walaupun dalam versi avatar AI sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved