Mulai 1 Jun 2026, pengguna kanak-kanak di bawah umur 16 tahun TIDAK DIBENARKAN memiliki akaun media sosial yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pengguna media sosial juga perlu membuat pengesahan umur atau ‘age verification’ untuk membuka akaun media sosial yang baru.
Untuk pengguna sedia ada, proses pengesahan umur akan dibuat secara berperingkat dalam masa enam bulan oleh pihak media sosial. Jadi, tunggu je update daripada aplikasi tersebut.
Kalau pengguna sedia ada dikesan berumur bawah 16 tahun, akaun tersebut diberi masa satu bulan untuk memuat turun atau memindahkan data seperti gambar dan video.
Selepas tempoh satu bulan itu tamat, akaun tersebut akan disekat atau digantung oleh pihak media sosial.
Anda boleh baca dengan lebih terperinci mengenai peraturan media sosial 16 tahun dan cara buat pengesahan umur akaun media sosial di bawah.
@beritartm 23 NOV 2025 -BERITA PERDANA- INTERNET SELAMAT : LARANGAN AKAUN MEDIA SOSIAL PENGGUNA BAWAH 16 TAHUN RTM BeritaRTM MalaysiaMadani TaatSetia BersamaMALAYSIAKU RancakkanMADANI MADANIBekerja
Peraturan Media Sosial 16 Tahun di Malaysia 2026
Peraturan melarang kanak-kanak di bawah 16 tahun mempunyai akaun media sosial dilaksanakan selaras dengan pengenalan dua kod baharu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Kod tersebut ialah Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) serta Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA).

Platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Tiktok dan Youtube diwajibkan oleh undang-undang untuk mengesahkan umur pengguna bagi menghalang pengguna kanak-kanak yang tidak mematuhi syarat umur minimum daripada memiliki akaun media sosial.
Hal ini selaras dengan kewajipan statutori mereka untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Akta 866.
Kajian menunjukkan penggunaan media sosial terlalu awal boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan perkembangan sosial anak-anak.
Mereka juga mudah terdedah kepada kandungan tidak sesuai, buli siber, serta risiko gangguan dalam talian.
Selari dengan itu, kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN membuka atau memiliki akaun media sosial bagi platform yang mempunyai lebih lapan juta pengguna di Malaysia.
KENYATAAN MEDIA KOD PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: PENGESAHAN UMUR BERMULA HARI INI (1 JUN 2026) DEMI MELINDUNGI KANAK-KANAK DALAM TALIAN.
Rujuk kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah:


Pengguna Media Sosial Perlu Buat ‘Age Verification’
Pengguna platform media sosial di Malaysia perlu membuat pengesahan umur (age verification) bermula 1 Jun 2026.
Peraturan ini bertujuan menyekat remaja di bawah usia 16 tahun daripada membuka atau memiliki akaun sendiri secara bebas.
Pengesahan umur atau age verification ini hendaklah dilakukan menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, pasport atau dokumen rasmi lain sahaja.
Kaedah self-declare (isytihar sendiri) tidak akan digunakan untuk membuat pengesahan umur kerana sesiapa sahaja boleh klik dan mengaku mereka berumur lebih 18 tahun.

Walau bagaimanapun, setakat ini teknologi khusus yang perlu digunakan platform media sosial bagi tujuan pengesahan umur belum lagi diperincikan.
Kerajaan akan memberikan tempoh yang sewajarnya untuk melaksanakan proses tersebut sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.


Cara Buat Pengesahan Umur Media Sosial
Sekarang ni, siapa nak buka akaun media sosial wajib buat pengesahan umur.
Proses pengesahan umur akan dilakukan terus di dalam platform media sosial itu sendiri semasa pendaftaran atau melalui tetapan akaun.
Kalau sebelum ni, kita boleh letak tarikh lahir ikut suka hati kan, tapi sekarang pengguna tidak lagi boleh sekadar memasukkan tarikh lahir secara rawak.
Pendaftaran media sosial baharu memerlukan bukti dokumen rasmi kerajaan Malaysia seperti MyKad, pasport, atau dokumen setaraf yang diiktiraf.
Adakah Pengguna Sedia Ada Perlu Buat Pengesahan Umur?
Ya, akaun media sosial sedia ada juga wajib melalui proses pengesahan umur (age verification) secara berperingkat selepas 1 Jun 2026.
Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa tiada pengecualian diberikan kepada pengguna lama bagi memastikan matlamat Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) tercapai sepenuhnya dalam menyaring pengguna di bawah umur 16 tahun.
Proses pengesahan ini tidak akan dilakukan secara mengejut atau melibatkan sekatan serta-merta pada tarikh penguatkuasaan.
Sebaliknya, kerajaan memberikan tempoh kepada penyedia platform untuk melaksanakan proses verifikasi secara teratur.
Sebelum mewajibkan semua rakyat Malaysia memuat naik MyKad, kerajaan menggunakan sandbox untuk menguji keberkesanan sistem pengesahan identiti digital.
Pihak berkuasa mahu memastikan kaedah ini tidak mudah digodam, tepat mengesan umur, dan tidak mempunyai “pintu belakang” yang membolehkan kanak-kanak memintasnya.
Melalui medan ujian ini, MCMC menilai sejauh mana syarikat media sosial melindungi data sensitif pengguna (seperti nombor kad pengenalan dan wajah) bagi memastikan ia mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.
Selaras Dengan Trend Antarabangsa
Kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur universal seperti yang dilaksanakan di Australia dan beberapa negara lain, termasuk dari sudut penguatkuasaan serta pemantauan.
“Australia akan mulakan pelaksanaannya Disember ini. Setiap negara ada pendekatan tersendiri, dan kita sedang menilai kaedah paling sesuai untuk Malaysia,” katanya.

Intipati Penting Pengesahan Umur Media Sosial 2026
- Individu yang berusia di bawah 16 tahun dilarang untuk mendaftar, membuka akaun baharu, atau memiliki akaun sosial di Malaysia.
- Pengguna media sosial mesti berumur 16 tahun ke atas untuk mendaftar dan mengakses perkhidmatan.
- Pengesahan umur hendaklah dilakukan menggunakan dokumen rasmi kerajaan Malaysia atau dokumen setaraf yang diiktiraf.
- Akaun yang dikenalpasti sebagai milik pengguna bawah 16 tahun diberi tempoh satu bulan untuk memuat turun atau memindahkan data.
- Pengguna sedia ada akan disahkan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan.
- Peraturan ini wajib dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan media sosial berlesen berskala besar (mempunyai sekurang-kurangnya 8 million pengguna) termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan info terkini mengenai peraturan media sosial 16 tahun boleh dirujuk melalui:
- Portal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
- Facebook rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Untuk maklumat lanjut mengenai Kod Perlindungan Kanak-Kanak (Child Protection Code, CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code, RMC), sila rujuk: Soalan-soalan Lazim
Soalan Lazim Peraturan Media Sosial 16 Tahun






















Betul, kanak-kanak dan remaja berumur di bawah 16 tahun tidak dibenarkan mempunyai akaun media sosial sendiri di Malaysia bermula 1 Jun 2026.
Kenapa perlu larangan macam ni?Untuk lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian seperti:
jenayah siber
penipuan kewangan
buli siber
pemangsa seksual
kandungan tidak sesuai umur
Platform media sosial akan diwajibkan melaksanakan eKYC (Electronic Know Your Customer) — pengesahan identiti menggunakan MyKad, pasport atau MyDigital ID.
Negara lain pun buat macam ni ke?Ya. Australia akan mula laksanakan larangan umur pada Disember ini, dan beberapa negara lain sudah mempunyai had umur ketat untuk akaun media sosial.
Apa kesan kepada ibu bapa?Ibu bapa mungkin perlu lebih peka terhadap:
-penggunaan peranti anak
-akses internet di rumah
-kawalan seliaan kandungan
Kerajaan juga dijangka menyediakan kempen kesedaran keselamatan digital untuk memudahkan pemahaman.
Mekanisme akhir masih sedang diperhalusi, tetapi fokus kerajaan ialah memastikan kanak-kanak tidak boleh daftar akaun sendiri supaya kandungan dalam media sosial juga hanya boleh diakses bersama ibu bapa.





