
OpenAI sedia menyatakan akan menyertakan pengiklanan untuk pengguna versi percuma ChatGPT sebelum ini. Kini, laporan awal hadir menyatakan OpenAI akan mulakan ujian paparan pengiklanan pada ChatGPT bermula minggu ini.
Mengikut perkongsian awal OpenAI, ia dikatakan iklan akan dilabelkan dengan jelas, sekaligus memudahkan pengguna membezakan iklan dan yang bukan. Ia turut diperkatakan iklan tidak akan mempengaruhi respon ChatGPT kepada pengguna.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah impak penyertaan iklan pada perkhidmatan berkenaan. ChatGPT mempunyai sekitar 800 juta pengguna, dan masih sukar menjana keuntungan melaluinya. Mengikut sasaran, OpenAI menyasarkan kurang separuh pendapatan pada masa akan datang adalah melalui pengiklanan.
Sebelum ini, Anthropic mengkritik langkah OpenAI melalui sebuah iklan khas, dan menyatakan perkhidmatan mereka akan bebas iklan. Untuk makluman, Google yang terkenal dengan pengiklanan juga masih tidak menyertakan sebarang iklan pada Gemini setakat ini.
