Ini Adalah Bagaimana Iklan Akan Dipaparkan Di ChatGPT

TechnologyDigital
10 Feb 2026 • 11:25 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini secara rasminya mengumumkan permulaan ujian paparan iklan pada ChatGPT, untuk pengguna percuma dan juga yang melanggan ChatGPT Go. OpenAI mengatakan ujian ini akan bermula di Amerika Syarikat, untuk pengguna yang sedia log masuk ke perkhidmatan berkenaan.

image is not available

Ia dikatakan iklan tidak akan memberikan kesan terhadap jawapan-jawapan yang diberikan melalui ChatGPT. OpenAI turut menyatakan pengiklan tidak akan dapat melihat perbualan anda bersama ChatGPT. Iklan dijangka akan dipadankan dengan kategori sesuatu pertanyaan atau perbualan, dan ia akan dipaparkan pada penghujung jawapan ChatGPT.

Pengguna turut boleh mengawal dan melihat sejarah pengiklanan yang dipaparkan kepada mereka meallui halaman kawalan, dan turut memilih untuk memadam data berkaitan pengiklanan.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri sama akan diperluaskan kepada pengguna seluruh dunia. Memandangkan ujian telah bermula di Amerika Syarikat, tidak mustahil kita melihat ia diperluaskan dalam masa beberapa bulan lagi.