
Semua pengguna Discord kini perlu mengesahkan usia sebenar mereka. Sebelum ini ciri ini hanya adalah untuk pengguna di Australia dan UK dimana terdapat udang-undang memerlukan usia disahkan. Bermula Mac, semua pengguna perlu mengesahkan usia dan sekiranya gagal akaun akan ditetapkan sebagai pengguna remaja menyebabkan kandungan tertentu tidak lagi boleh diakses mengikut kesesuaian umur.

Untuk mengesahkan umur pengguna perlu mengambil swavideo atau menyerahkan gambar kad pengenalan yang disahkan kerajaan kepada Discord. Sebagai langkah keselamatan tambahan, pola perbualan juga akan dianalisa oleh Discord bagi mengesahkan usia sebenar dalam situasi pengguna bawah umur menggunakan identiti orang lebih dewasa. Discord berkata swavideo disimpan dalam peranti pengguna manakala gambar kad pengenalan akan dipadam oleh vendor selepas usia disahkan bagi mengekalkan privasi.
Sekatan ke atas pengguna bawah umur menjadi trend popular 2026 sejak diperkenalkan oleh Australia bukan Disember lalu. Malaysia, UK, Perancis dan Sweden adalah antara yang akan mengharamkan individu bawah 16 tahun mengakses platform media sosial atas alasan menjaga keselamatan mereka di atas talian.



