ChatGPT Ingin Memudahkan Anda Menyunting Dokumen PowerPoint Dan Excel

TechnologyDigital
16 Jul 2025 • 9:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sedia diperkatakan sedang membangunkan perisian alternatif untuk Microsoft Office. Selari dengannya, kini hadir laporan mengatakan OpenAI akan menawarkan agen-agen melalui ChatGPT, yang akan memudahkan pengguna untuk menghasilkan dan menyunting dokumen helaian lejar (Excel) dan juga dokumen pembentangan (PowerPoint).

Pelbagai penyuntingan dan penghasilan dokumen ini dilihat boleh dilakukan terus melalui ChatGPT, tanpa perlu meninggalkan atau membuka sebarang perisian lain. Ini sekaligus dijangka akan membuatkan OpenAI bersaing dengan pelabur mereka sendiri, Microsoft.

Ciri ini masih dalam pembangunan, dan versi awal dijangka hadir dengan ciri terhad seperti tiada sokongan kolaborasi dan lain-lain. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kemaskini ChatGPT baharu ini tidak lama lagi.