ChatGPT Kini Boleh Menghantar Mesej Apple Messages Menerusi Pemalam Baharu

TechnologyDigital
21 Aug 2026 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT Kini Boleh Menghantar Mesej Apple Messages Menerusi Pemalam Baharu

OpenAI melancarkan pemalam yang akhirnya membolehkan ChatGPT menghantar mesej menerusi Apple Messages. Menerusi pemalam ini, pengguna boleh menulis, menganalisa dan menyunting mesej terus dari dalam ChatGPT. ChatGPT pula boleh memberikan cadangan mesej susulan yang boleh dihantar, memadam mesej, melakukan carian mesej dan menghantar mesej bagi pihak pengguna.

Image from: ChatGPT Kini Boleh Menghantar Mesej Apple Messages Menerusi Pemalam Baharu

Bagi memastikan privasi mesej di dalam inbox, OpenAI mengatakan pemalam berjalan pada mesin pengguna dan tidak membuat indeks penuh mesej. Sebagai langkah keselamatan pula, mesej akan dihantar selepas mendapat kebenaran pengguna terlebih dahulu.

Selain membaca mesej dalam inbox, ia turut boleh mengakses kalender untuk memberikan jawapan kepada jemputan berdasarkan bila pengguna mempunyai kelapangan. Mesej yang dirasakan adalah spam turut boleh dipadam oleh pemalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved