ChatGPT Kini Memperlihatkan Cadangan Carian Ketika Melakukan Input

TechnologyDigital
31 Oct 2024 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini memperkenalkan kemaskini kecil pada ChatGPT versi web, dimana ia kini memperlihatkan cadangan carian kepada para pengguna, ketika anda sedang menaip dalam kotak carian ChatGPT. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia hanya terhad memaparkan cadangan bagi beberapa kata kunci sahaja, dan bukan untuk semua kata kunci.

image is not available

image is not available

Ciri ini dilihat hanya aktif untuk pengguna yang log masuk ke ChatGPT sahaja, dan tidak dipaparkan sekiranya anda tidak log masuk. Cadangan yang dipaparkan juga agak rawak, dan bukannya berdasarkan kepada carian-carian sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah ciri sama akan diperluaskan kepada pengguna peranti mudah-alih. Mungkin pembangunan ciri ini adalah selari dengan enjin carian SearchGPT akan datang oleh OpenAI.