Google Mula Perkenal Integrasi Rumusan AI Pada Hasil Carian Untuk Semua Pengguna

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri AI Overviews diperkenalkan secara terhad pada Mei yang lalu dengan ia memberikan ringkasan kepada carian yang dilakukan oleh pengguna. Hari ini Google mengumumkan AI Overviews kini diaktifkan di 100 negara seluruh dunia.

image is not available

AI Overviews juga kini menyokong Bahasa Hindi, Indonesia, Jepun, Portugis, dan Sepanyol. Sebelum ini AI Overviews hanya menyokong Bahasa Inggeris. Google berkata sokongan lebih banyak bahasa akan ditambah secara berperingkat di masa hadapan.

Pelancaran AI Overviews tidak begitu lancar dengan ia didapati memberikan maklumat yang kurang tepat. Antara kesilapan yang menjadi tular ialah mengatakan Barack Obama ialah presiden Amerika Syarikat pertama beragama Islam. Ciri ini kemudiannya dihadkan kepada carian tertentu sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved