ChatGPT Plus Kini Turut Tersedia Untuk Pengguna Malaysia – $20 Sebulan

TechnologyDigital
11 Feb 2023 • 4:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas mengumumkan pelan berbayar untuk ChatGPT, kini perkhidmatan yang dinamakan sebagai ChatGPT Plus tersebut turut tersedia untuk pengguna tempatan.

Ketika pengenalan, ia terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan kini ia diperluaskan dalam tempoh sekitar seminggu lebih sejak diperkenalkan.

image is not available

Melalui ciri berbayar ini, ia membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut dengan lancar, walau ketika waktu puncak. Pada masa yang sama, ia turut dijanjikan akan menawarkan hasil yang lebih pantas berbanding versi percuma.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, boleh melakukan naik-taraf ke versi percuma ini melalui bahagian tepi pada panel rasmi perkhidmatan tersebut.