ChatGPT Turut Akan Diintegrasikan Dalam Nothing Ear Lama

TechnologyDigital
19 Apr 2024 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malam tadi, Nothing telah melancarkan Nothing Ear dan Nothing Ear (a) iaitu dua TWS baharu untuk tahun 2024 dengan nama baharu. Selain harga jualan yang semakin mahal, kedua-dua TWS ini turut hadir dengan satu ciri yang tiada siapa sangka akan tiba iaitu ChatGPT terbina.

image is not available

Pasti ada yang akan tertanya,, kalau ChatGPT itu hanyalah satu perisian dan perkhidmatan ia sepatutnya boleh juga diberikan kepada Nothing Ear yang lain. Dalam kemas kini Nothing OS 2.5.5, senarai log perubahan menyatakan sokongan ChatGPT pada Nothing Ear dan Ear (a) hanya boleh digunakan pada Phone (2). Sokongan pada Nothing Ear lain turut akan diberikan dalam kemas kini akan datang.

image is not available

Bukan itu sahaja, Nothing turut akan membawa sokongan ChatGPT pada Nothing Ear (1), Ear (stick) dan Ear (2) di masa akan datang. Sayang sekali untuk sokongan ke peranti generasi lama ini tiada tarikh tetap diberikan. Jika anda ingin mencuba menggunakan ChatGPT pada TWS, Nothing Ear dan Ear (a) sudah boleh dipra-tempah pada harga bermula RM479 dan RM659.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved