Chegu Bard Ditahan Berkaitan Ceramah Berunsur Hasutan Berhubung Institusi Diraja

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 1:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Chegu Bard Ditahan Berkaitan Ceramah Berunsur Hasutan Berhubung Institusi Diraja

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan ceramah berunsur hasutan dan dakwaan tidak berasas mengenai institusi diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata video itu dikesan pada 4 Sept, menerusi hantaran akaun TikTok yang memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Chegu Bard sedang menyampaikan ceramah berunsur hasutan.

“Siasatan berhubung penularan video tersebut dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman, sejurus laporan polis diterima.

“Pada 5 Sept kira-kira 10.25 malam, polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai penceramah dalam video berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada hari ini.

Beliau menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan sehingga menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat di Malaysia.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved