Polis Tahan Bekas COO myBurgerLab Susulan Kenyataan Berbaur Hasutan

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis Diraja Malaysai (PDRM) telah menahan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) myBurgerLab bersama seorang lagi lelaki berhubung kenyataan mereka berbaur hasutan dan ugutan jenayah.

Menerusi kenyataan media polis, kenyataan itu dimuat naik menerusi aplikasi X di akaun media sosial mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata siasatan dimulakan sejurus laporan polis diterima dan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5.

Beliau berkata, tangkapan dibuat ke atas dua lelaki, masing-masing berusia 37 dan 43 tahun yang disyaki mengendalikan akaun @ChongKahtze dan @iFactoReal.

“Akaun X @ChongKahtze memuat naik ciapan berkenaan isu negara Malaysia akan diambil alih oleh ekstremis dan akan ada revolusi.

“Akaun @iFactoReal memuat naik komen serangan Israel ke atas kediaman YAB Perdana Menteri.”

Dalam kenyataan itu, pemilik akaun @ChongKahtze disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, mahkamah telah membenarkan suspek ditahan reman bermula hari ini untuk siasatan lanjut atas dakwaan menghasut, kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam serta penyalahgunaan rangkaian.

image is not available image is not available image is not available

Kumar berkata, PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mengganggu keharmonian masyarakat.

Terdahulu, individu terbabit mencetuskan kemarahan orang ramai susulan kenyataannya berhubung isu denda kepada lelaki Islam yang tidak solat Jumaat di Terengganu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.