Chelsea perlu cepat belajar - Alonso

FootballSports
7 Sep 2026 • 8:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Chelsea perlu cepat belajar - Alonso
Alonso mahu para pemain Chelsea mengambil pengajaran di atas kekalahan kepada Arsenal pada Ahad. Foto: Agensi

XABI Alonso menganggap kekalahan 1-2 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggersi (EPL) sebagai proses pembelajaran buat Chelsea, terutama dalam usaha memperkemaskan pasukan yang masih berada pada fasa awal pembentukan.

Pengendali The Blues itu mahu anak buahnya segera mengambil iktibar daripada kekalahan pertama sejak beliau mengemudi pasukan berkenaan pada pramusim, selepas sebelum ini menikmati tiga kemenangan dalam semua pertandingan.

"Saya belajar mengenai perlawanan ini, mengenai kami, apa yang kami lakukan dan apa yang sedang kami bina. Ini satu proses dan masih terlalu awal buat kami.

"Kami mahu mula mencatat rekod tanpa bolos. Ia akan datang. Pemain komited untuk bekerja keras dan memahami kami berada di landasan untuk bersaing dalam setiap perlawanan," katanya.

Chelsea sebenarnya memulakan derbi London itu dengan cukup meyakinkan apabila Morgan Rogers meletakkan mereka di depan selepas hanya 77 saat di Stadium Emirates.

Namun, kelebihan tersebut gagal dipertahankan apabila Arsenal bangkit menerusi jaringan Kai Havertz sebelum Martin Odegaard memastikan kemenangan tuan rumah selepas rehat.

Kegagalan mengekalkan kelebihan itu turut menambah persoalan terhadap ketahanan pertahanan Chelsea yang sudah membenarkan tujuh gol dalam tiga perlawanan liga musim ini.

Lebih mengecewakan Alonso, jentera serangan yang sebelum ini menjadi kekuatan Chelsea turut gagal memberikan tekanan berterusan selepas mereka mendahului.

"Kekalahan memang menyakitkan dan kami perlu merasainya. Kami mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, tetapi selepas menjaringkan gol, kami terlalu banyak bertahan dan bergelut untuk mengawal permainan," katanya.

Chelsea sebelum ini menewaskan Fulham dan Brighton dalam saingan EPL, selain mengatasi Luton dalam Piala Liga, sekali gus menjadikan Arsenal ujian paling sukar mereka setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved