Cheng Hoe tidak risau tahap kecergasan pemain

LocalFootball
20 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cheng Hoe tidak risau tahap kecergasan pemain

PETALING JAYA: Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak melihat isu kecergasan sebagai kebimbangan utama menjelang saingan Piala ASEAN FIFA 2026.

Bekas jurulatih Selangor dan Kedah itu berkata, semua 23 pemain ketika ini berada di prestasi terbaik kerana mereka di panggil semasa Liga Malaysia (Liga M) masih berlangsung.

Beliau berkata, situasi itu berbeza berbanding kejohanan yang berlangsung selepas musim domestik tamat kerana pemain masih mendapat minit permainan bersama kelab masing-masing.

Menurut Cheng Hoe, perkara paling penting adalah memastikan pemain yang dipanggil berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada kecederaan sebelum menyertai kem latihan pusat.

“Ketika ini liga masih berjalan, jadi dari segi kecergasan saya tidak fikir ia menjadi masalah besar. Namun, persediaan agak singkat kerana pemain hanya berkumpul sehari sahaja sebelm berlepas ke Indonesia.

“Pemain masih bermain secara kompetitif bersama kelab dan mereka mendapat minit permainan yang diperlukan. Apa yang kita perlu lihat adalah keadaan fizikal mereka apabila menyertai kem,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, aspek pemulihan turut menjadi perhatian bagi memastikan pemain tidak mengalami keletihan melampau ketika menyertai Piala ASEAN FIFA 2026 kerana jadual agak padat.

Tambah Cheng Hoe, tempoh persiapan yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyelaraskan taktikal serta membina keserasian antara pemain yang dipanggil.

Ditanya tentang kehadiran Bergson Da Silva dalam skuad kebangsaan, Chen Hoe berkata, kehadiran bintan Johor Darul Ta’zim itu menjadi berita gembira buat pasukan dan peminat kerana ketajaman penyudahnya sangat luar biasa.

“Kehadiran Bergson akan selesaikan masalah di bahagian serangan dan Brad Tapp pula saya jangka boleh memberi kestabilan dari segi pertahanan kerana dia ada kekuatan fizikal yang baik.

“Saya harap Bergson dapat meneruskan keserasian mantap bersama dengan Arif Aiman (Hanapi) dalam skuad kebangsaan, kita harap keserasian itu sama seperti mereka mewakili JDT sebelum ini,” katanya.

Malaysia akan menyertai Piala ASEAN FIFA 2026 yang bermula pada 54 September hingga 5 Oktober ini dengan skuad kendalian Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Bangladesh dan Singapura.-UTUSAN

The post Cheng Hoe tidak risau tahap kecergasan pemain appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved