Cheng Yang pulang ke rumah selepas lima hari dilaporkan hilang

25 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cheng Yang pulang ke rumah selepas lima hari dilaporkan hilang

AMPANG JAYA – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tasik Permai, di sini, sejak Rabu lalu, akhirnya pulang dengan selamat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kepulangan remaja berkenaan kira-kira pukul 2 pagi.

Menurut beliau, remaja terbabit disedari telah pulang ke kediamannya oleh bapanya sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan kehilangan Yuen Cheng Yang selepas bapanya membuat laporan polis kira-kira pukul 1.45 petang.

Remaja berkenaan dilaporkan keluar dari rumah pada 20 Ogos lalu sebelum tidak pulang sehingga laporan polis dibuat.

Dengan kepulangannya awal pagi tadi, polis mengesahkan remaja berkenaan kini berada dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

The post Cheng Yang pulang ke rumah selepas lima hari dilaporkan hilang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved