Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

LocalCars
26 Aug 2025 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025, lapor New Straits Times (NST). Chery kini mendahului BYD dengan pegangan pasaran sebanyak 7% berbanding pesaingnya itu yang menguasai hanya 5% pasaran negara, dedah data Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Strategi Jualan Yang Berkesan

image is not availableimage is not available

Memetik laporan NST, perubahan kedudukan ini disumbangkan oleh strategi jualan yang yang berbeza yang mana BYD hanya tertumpu kepada kenderaan elektrik (EV), manakala Chery pula mencatatkan angka yang tinggi melalui penjualan model enjin pembakaran dalam (ICE).

Dominasi Honda & Toyota

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, segmen bukan nasional masih kekal dikuasai oleh jenama automotif Jepun, Honda dan Toyota, dengan Toyota kekal memegang 29% pasaran walaupun mengalami penurunan jualan sebanyak 6.3% tahun ke tahun (YoY). Honda pula mencatatkan penurunan YoY lebih ketara sebanyak 31% tetapi masih menunjukkan pertumbuhan 13% bagi jualan bulan Julai berbanding bulan sebelumnya.

‘Kejatuhan’ Mazda & Nissan?

image is not available

Sebaliknya, Mazda merekodkan penurunan yang agak drastik dengan penguasaan pasaran jatuh daripada 2% kepada hanya 1% disebabkan kurang pelancaran model baru dan persaingan sengit yang diwujudkan oleh jenama-jenama China. Sementara itu Nissan pula, walaupun menunjukkan peningkatan jualan 84% bulan ke bulan (MoM) pada Jun 2025, jumlah kenderaan yang terjual hanya 260 unit sahaja.

Jangkaan Permintaan

image is not available

Menurut firma penyelidikan MBSB Research, momentum jualan kenderaan dijangka kekal kukuh pada Ogos 2025 disebabkan stok yang lebih baik dan promosi bulan Merdeka yang ditawarkan pengeluar. Ramalan jumlah industri 2025 kekal pada sekitar 792,000 unit, sejajar dengan jangkaan MAA sebanyak 780,000 unit.

Sumber: NST

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved