EON & Sahabat Autofest 2025 Kembali Dengan Wajah Baharu dan Tawaran Hebat

LocalCars
8 Aug 2025 • 11:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia 7840heic

Edaran Otomobil Nasional (EON) hari ini melancarkan secara rasmi EON & Sahabat Autofest 2025, sebuah acara automotif dan gaya hidup yang kini memasuki penganjuran kali kedua.

Acara yang sedang berlangsung sehingga 10 Ogos 2025 di EON Glenmarie, Shah Alam ini bukan sahaja menampilkan pelbagai jenama automotif terkemuka, tetapi juga menandakan satu detik penting bagi EON.

Penganjuran kali ini beriringan dengan pengenalan identiti jenama EON yang baharu, disatukan di bawah slogan “Semangat Memacu Aspirasi”. Transformasi ini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengedar automotif pelbagai jenama terbesar di negara ini, dengan visi untuk “Menerajui mobiliti masa hadapan, dipacu dengan hati”.

Rebat Lumayan dan Proses Pembiayaan Pantas

image is not available

Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan kenderaan baharu, EON & Sahabat Autofest 2025 menawarkan promosi dan rebat eksklusif sehingga RM40,000. Tawaran hebat ini tidak terhad kepada lokasi acara sahaja, malah turut ditawarkan di semua cawangan EON di seluruh Malaysia sepanjang tempoh Autofest berlangsung.

image is not available

Bagi memudahkan lagi proses pemilikan, EON turut menyediakan platform pembiayaan digital inovatif yang dikenali sebagai Tras. Melalui platform ini, pengunjung berpeluang mendapatkan kelulusan pinjaman daripada pihak bank dalam tempoh sepantas 30 minit terus di lokasi acara.

Pilihan Pelbagai Jenama di Bawah Satu Bumbung

image is not available

image is not available

Salah satu tarikan utama Autofest adalah kemudahan untuk melihat dan membandingkan pelbagai jenama kereta di satu tempat. Antara jenama automotif yang mengambil bahagian termasuklah Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen dan Daihatsu. Para pengunjung juga dialu-alukan untuk memandu uji kenderaan daripada pelbagai jenama yang dipamerkan bagi merasai sendiri pengalaman pemanduan.

image is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial, acara ini menampilkan kekuatan ekosistem EON yang luas, di mana urusan dengan EON bukan sekadar transaksi, tetapi permulaan kepada sebuah hubungan jangka panjang yang dibina atas kepercayaan.

Pengalaman Baharu dan Aktiviti Mesra Keluarga

image is not available

Tahun ini, Autofest buat julung kalinya memperkenalkan sistem bidaan langsung (Live Tender) untuk kenderaan terpakai yang telah disahkan. Melalui sistem ini, pelanggan boleh membuat bidaan secara dalam talian melalui satu proses digital yang telus sepenuhnya.

Acara ini juga menyediakan lapan zon aktiviti yang menyeluruh, memastikan ia sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat Zon Kanak-kanak & Keluarga yang menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti hadiah T-shirt yang boleh direka sendiri dan stesen unboxing Hot Wheels. Selain itu, pelanggan yang mendaftar awal berpeluang untuk memenangi barangan edisi terhad, termasuk koleksi model Hot Wheels Proton Saga Edisi Ulang Tahun ke-40.

Penampilan Khas dan Hiburan Istimewa

Untuk memeriahkan lagi suasana, Autofest akan diserikan dengan penampilan khas oleh personaliti terkenal. Pada 9 Ogos 2025, pengunjung berpeluang bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dari KS Lagi, serta lagenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh. Sebuah konsert mini yang menampilkan persembahan oleh Nolee dan Aisha Retno juga akan diadakan pada petang Ahad, 10 Ogos 2025.

Dengan pelbagai tawaran, aktiviti dan pengalaman menarik yang disediakan, EON & Sahabat Autofest 2025 merupakan destinasi yang ideal untuk dikunjungi pada hujung minggu ini bagi mereka yang mencari kenderaan baharu atau sekadar ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

The post

appeared first on

.