China Haramkan Buang Pekerja Manusia Untuk Digantikan Dengan AI

WorldTechnology
4 May 2026 • 10:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dianggarkan lebih 40,000 pekerja sektor teknologi telah dibuang kerja tahun ini disebabkan tumpuan diberikan kepada pusat data kecerdasan buatan (AI) dan AI didakwa boleh menggantikan kesemua tugas mereka. Semua atas alasan untuk mengurangkan kos serta meningkatkan nilai saham pelabur.

image is not available

Tetapi di Hangzhou, China, sebuah mahkamah mengeluarkan keputusan membuang pekerja manusia untuk digantikan oleh AI adalah melanggar undang-undang buruh negara. Dalam kes yang dibicarakan pada penghujung April, seorang kakitangan menyaman bekas majikan yang membuang beliau selepas enggan diturunkan pangkat selepas tugs beliau diambil alih oleh AI.

Undang-undang China mengharamkan majikan memindahkan kos operasi ke atas golongan pekerja. AI sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kecekapan korporat, membebaskan tenaga kerja dan meningkatkan kebajikan pekerja bukan menyebabkan mereka hilang pekerjaan.

China sebagai negara sosialis untuk golongan pekerja memberikan kepentingan kepada manusia. Ini berbeza dengan negara kapitalis seperti Amerika di mana keuntungan adalah lebih penting walaupun golongan pekerja ditindas demi peningkatan saham syarikat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved