Pegangan Pasaran Cip AI NVIDIA Di China Kini Sifar

WorldTechnology
4 May 2026 • 7:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pegangan Pasaran Cip AI NVIDIA Di China Kini Sifar

CEO NVIDIA Jensen Huang mengatakan pegangan syarikat dalam jualan cip kecerdasan buatan (AI( di China kini 0%. Ini adalah pengurangan mendadak berbanding 66% yang dipegang NVIDIA pada tahun 2024. Halangan menjual cip AI terkini serta berkuasa tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Joe Biden menyebabkan dominasi NVIDIA di China lesap hampir sekelip mata.

Image from: Pegangan Pasaran Cip AI NVIDIA Di China Kini Sifar
Jensen Huang

Huang turut berkata menyerahkan pasaran sebesar China “tidak masuk akal secara strategik” dan dasar eksport Amerika Syarikat “telah makan tuan”. Halangan sepatutnya melumpuhkan kemampuan AI China tetapi sebaliknya pula berlaku. China melakukan pelaburan besar ke dalam pembangunan cip AI sendiri menerusi syarikat seperti Huawei, Cambricon, Moore Threads, dan MetaX.

Model terkini DeepSeek V4 misalnya telah direka untuk dioptimasikan apabila menggunakan pemecut AI keluaran Huawei. China membuktikan halangan cip hanya melambatkan kemajuan mereka tetapi jurang semakin mengecil. Model terkini DeepSeek V4 dikatakan hanya 10 bukan di belakang berbanding kemampuan model paling berkuasa Amerika Syarikat.

Sungguhpun jualan cip NVIDIA dikatakan 0% ini hanya mengambil kira jualan menggunakan saluran yang sah. Cip paling berkuasa NVIDIA masih berjaya diseludup secara haram ke China. Tiga individu yang mempunyai perkaitan dengan Super Micro Computer Inc didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS pada Mac lalu kerana membantu menyeludup cip AI NVIDIA bernilai sekurang-kurangnya $2.5 bilion ke China.