China Membenarkan Semula Eksport Unsur Nadi Bumi Ke Amerika Syarikat

TechnologyDigital
15 May 2025 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam perbincangan dua hala antara China dan Amerika Syarikat di Geneva minggu ini, China bersetuju untuk membenarkan semula eksport sumber nadi bumi (REE) ke Amerika Syarikat. Sebanyak 28 entiti Amerika Syarikat sahaja dibenarkan untuk memohon lesen eksport REE menerusi Jabatan Perdagangan China. 17 lagi entiti Amerika Syarikat yang sebelum ini diharamkan daripada membeli REE kini turut dibenarkan kembali memohon lesen eksport.

image is not available

Pada bulan April lalu, pengharaman eksport REE dikenakan ke semua negara sebagai tindak balas tarif tinggi yang diumumkan Presiden Trump. Ini dilihat sebagai usaha China untuk menghalang Amerika Syarikat daripada menerima bekalan REE menerusi pihak ketiga.

China memegang 70% pengeluaran REE yang telah diproses dan 90% pengeluaran magnet dengan REE. Kesemua ini adalah penting untuk pengeluaran kenderaan, EV, peralatan elektronik, semikonduktor dan juga peralatan ketenteraan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved